Tuesday, April 10, 2012

Liku Kehidupan Syeikh Yusri

Assalamualaikum…

Ini adalah antara kisah hidup Syeikh Yusri yang sempat saya catatkan dalam talk show pada 7 April 2012. Jika ada sebarang kekurangan dan lebih saya harap dimaklumkan.

Bismillah.

Syeikh mula berjinak-jinak dengan al-Quran

Nama penuh beliau adalah Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani. Kisahnya dimulakan ketika beliau masih menuntut di Universiti Kasrul Aini, Mesir dalam bidang perubatan. Pada masa itu beliau adalah pelajar tahun 3. Beliau mula berazam untuk membaca Al-Quran setiap hari. Dan pada suatu hari , beliau terbaca sepotong ayat dari surah al-baqarah ayat 85 yang berbunyi:

…أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ…

Beliau tersentak semasa beliau membaca ayat ini, lalu beliau berkata pada dirinya,"Aku perlu mengamalkan isi al-quran seluruhnya, untuk itu aku mesti memahaminya, untuk itu aku mestilah menghafalnya". Beliau bertekad untuk menghafal al-quran secara sendiri-sendiri. Beliau bertanya kepada diri sendiri, "Bagaimana para sahabat menghafal Al-Quran padahal mereka pada masa itu Ummi(tidak tahu membaca dan menulis)?". Lalu beliau mendapat idea dengan menggunakan kaedah mendengar sepertimana para sahabat menhafal al-Quran hanya dengan mendengar dari Rasulullah saw.

Pada masa itu terdapat siaran bacaan al-Quran oleh Syeikh… di radio. Lalu beliau membeli kaset kosong dan merakam bacaan Syeikh tersebut. Beliau pun membaca semula bacaan al-Quran tersebut sendiri dan merekod bacaannya pula sebanyak satu maqra'(dari bunga ke bunga).

Setiap hari beliau akan mendengar rekod tersebut, selepas bangun dari tidur, semasa bersiap-siap hendak ke universiti, semasa makan tengah hari, sebelum ulangkaji dan sebelum tidur. Rekod yang sama akan diulang selama seminggu. Dalam masa yang sama beliau mula membaca hafalan beliau dalam solat samada fardhu mahupun sunat. Alhamdulillah, beliau Berjaya menghafal surah al-Baqarah, Ali Imran dan An-Nisa' sepanjang tahun itu.

Fikrah sesat menular di Universiti

Pada masa beliau berada di tahun 3, fikrah Wahabi mula menular dalam kalangan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kasrul Aini. Kebanyakan pelajar yang terpengaruh adalah yang baru pulang dari menunaikan umrah dan diberikan buku percuma tentang fikrah Wahabi. Ini telah menyedihkan beliau kerana beliau merupakan seorang yang amat cintakan nabi dan gemar bersolat di maqam para aulia'. Namun begitu, apabila diajukan pertanyaan-pertanyaan yang mengelirukan, beliau tidak mampu untuk menjawab. Antara soalan yang diajukan adalah,"Dimanakah Allah?". Jika seseorang tidak mampu menjawab soalan itu maka para pelajar tidak akan bersolat di belakangnya.

Di sebelah pintu utama Universiti Kasrul Aini juga terletaknya sebuah masjid yang didirikan bersama denagan maqam seorang ulama yang bernam Syeikh Abdul Aziz Addirini. Semua pelajar yang telah terpengaruh dengan fikrah Wahabi mengatakan bahawa sesiapa yang bersolat di masjid itu telah jatuh kufur. Astagfirullah.

Mencari Jawapan

Berikutan keadaan yang semakin teruk di universiti, seorang rakan beliau yang bernama Dr Nur(sekarang ini sudah menjadi pakar kanak-kanak dan bertanding pada pilihanraya 2012) mencadangkan mereka untuk merujuk perkara tersebut dengan seorang ulama Azhar yang bernama Syeikh Abu Bakar As-Sudani. Merka pergi bertanyakan tentang hal keadaan di universiti kepada syeikh tersebut. Lalu Syeikh memberikan nasihat supaya mereka membaca kitab Sahih Muslim karangan Imam Nawawi dan berkata, "Insyaallah, kamu akan jumpa jawapannya".

Bermula dari itu, beliau mula membaca kitab Sahih Muslim dan mula mencintai mazhab Imam Syafie kerana Imam Nawawi merupakan seorang yang berpegang pada mazhab Imam Syafie.

Bersambung, Insyaallah…

0 comments:

Post a Comment