Thursday, March 28, 2013

Let Your Heart Hold Fast

Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Sudah lama kiranya kita tidak bersua muka, nertemu mesra, bergelak tawa dan lain-lain. Walau bagaimana pun antum semua sentiasa di hati, dirindui dan disayangi. Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita mampu dan masih melihat dengan kaca mata Islam an iman. Seterusnya selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat.

Ada antara sahabat yang tahu akan kedatangan post ini melalui komen-komen di facebook. Jadi post ini adalah untuk menyambung dan berkongsi beberapa perkara yang dibincangkan itu, InsyaAllah.

Perbincangan dimulakan dengan topik f.u.t.u.r. Sepertimana yang telah diterangkan oleh saudara Arham mengenai makna perkataan tersebut iaitu, "futur=lemah semangat. biasa digunakan dlm kalangan aktivis2 dakwah bila mana dirinya berasa lemah semangat dalam membuat kerja2 dakwah. satu kata2 "kefuturan setelah melakukan kerja, disebabkan fasadnya permulaan". maksudnya permulaan kerja yang tak betul, niat tak betul dsb menyebabkan kita lemah semangat setelah melakukan sesuatu kerja itu." Lalu perbincangan diteruskan dengan perkongsian cara-cara mengatasi futur tersebut dan penguasaan kosa kata bahasa arab yang lain.

Suka saya ingin membawa sebuah kisah yang dinukilkan dalam al-Quran surah al-Qalam ayat 17-33. Alkisahnya bermula dengan 3 orang pekebun yang ingin menuai hasil tanaman pada esok hari. Dalam pada masa mereka sedang tidur, Allah swt menurunkan bala keatas kebun mereka. Keesokan harinya, dalam perjalanan ke kebun mereka berbisik-bisik sesama sendiri, "Pada hari ini jangan sampai ada orang miskin yang masuk ke kebunmu." Mereka pun meneruskan perjalanan dengan niat tidak mahu menolong orang-orang miskin. Namun begitu apabila mereka tiba di kebun tersebut, mereka amat terkejut melihat keadaan kebun mereka dan berpendapat bahawa mereka tersalah jalan. Setelah beberapa ketika, seseorang yang paling bijak daripada mereka berkata, "Bukankah aku telah berkata padamu, mengapa kamu tidak bertasbih pada tuhanmu." Lalu mereka pun mengucapkan, "Maha suci tuhan kami, sungguh kami terdiri daripada orang-orang yang zalim." Lalu mereka saling berhadapan dan menyalahkan satu sama lain. Mereka berkata, "Celaka kita, sesungguhnya kita orang-orang yang melampaui batas. Mudah-mudahan tuhan memberikan ganti kepada kita dengan yang lebih baik daripada ini. Sungguh kita mengharapkan ampunan dari tuhan kita."

Jadi kisah ini menceritakan mengenai ujian Allah terhadap hambanya. Ujian yang berat juga merupakan salah satu punca kefuturan atau lemah semangat. Kadang-kadang kita diuji dengan ditarik nikmat, diberi kepayahan dan sebagainya. Hakikat ujian ini bukanlah untuk menyusahkan kita, tetapi demi menaikkan darjat kita di sisi Allah.



Sememangnya perasaan lemah ini sangatlah bahaya dan perlu dielakkan. Namun begitu iman itu bertambah dan berkurang. TIdak mungkin seseorang itu sentiasa positif sepanjang masa lebih-lebih lagi apabila diberi ujian yang berat. Kisah ashabul jannah di atas amat bertepatan dengan kajian psikologi mengenai  fasa-fasa yang dilalui manusia ketika mengalami perkara yang menyedihkan. Fasa pertama, denial (penafian) sepertimana mereka tidak percaya bahawa itu adalah kebun mereka. Fasa kedua, anger(kemarahan) sepertimana salah seorang dari mereka mula menayalahkan yang lain. Fasa ketiga, bargaining(tawar menawar) sepertimana mereka mula salah menyalahkan sesama sendiri. Fasa keempat depression(murung) sepertimana mereka menyalahkan diri sendiri. Terakhir barulah fasa acceptence(penerimaan).


Contoh lain: senario gagal exam:
Denial: "eish, mustahil aku gagal. tak mungkin ni".
Anger: selalunya akan ditujukan dalam bentuk fizikal atau perubahan perangai pada orang lain(projection)
Bargaining: "mungkin tersalah nama kot, mungkin ada kertas yang terlepas pandang kot, mungkin dsb..."
Depression: mula merasakan putus asa, lemah semangat
Acceptance: "hmmm, insyaAllah aku akan cuba lagi"



Jelas sekali bahawa lemah semangat dan putus asa itu di bawah fasa depression. Perasaan ini sangatlah muhasabah. Fasa ini akan menjadikan kita perasan dengan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan sama ada terhadap Allah atau dalam strategi pelaksanaan. Dengan muhasabah ini bukan sahaja kita akan menjadi lebih dekat dengan Allah malah mampu memperbaiki kesilapan atau improvise diri kita. Mengambil contoh gagal exam tadi, kita akan mula berdoa dengan khusyuk, dan mampu mengubah strategi belajar yang lebih efektif. Namun begitu jika ini berlarutan pada masa yang panjang akan memberi kesan negatif terhadap individu tersebut. Jadinya ia mestilah diatasi dan masuk ke fasa acceptance.
normal dan dilalui oleh setiap manusia. Tambahan pula fasa ini juga boleh dinamakan fasa

Beberapa tips yang dikongsi oleh sahabat-sahabat kita dalam mengatasi rasa lemah semangat ini:
Arham:"menziarahi teman2 seperjuangan, baca quran, berwudhuk, tgk nota2 lama yg berkaitan dsb"  
Afiqah: "bace komik..melukis..mengulang quran.."
Muiz: "bnyk2 refresh ap tujuan kita berjuang..kalau rasa krn Allah...sebab nk masuk syurga dgn Rasulullah.."
Hanif: "besenye klu ak futur atau lemah smgt, ak akan g rumah sorg senior ak ni yg agak caring"

Juga salah satu tips dalam menangani rasa lemah semangat adalah dengan menyeimbangkan rasa khauf(takut) dan raja'(harap) pada Allah. Caranya adalah pada masa kita merasakan bahawa iman kita meningkat tinggi, hendaklah ditingkatkan rasa khauf. Takutkan neraka Allah, mengharapkan keampunan Allah, rasa tidak layak untuk syurga Allah dan rasa rendah diri. Namun pada masa kita rasa seolah-olah terhimpit hendaklah kita tingkatkan raja' kepada Allah. Merasakan bahawa masih ada peluang untuk mendapat syurga Allah, bersangka baik dengan Allah dan berfikiran positif dan mengharapkan balasan yang lebih baik daripada Allah seperti yang dilakukan ashabul jannah pada akhir cerita. Sesungguhnya Allah itu pada sangkaan hambanya. Jika kita bersangka baik maka itulah balasannya. Jika kita bersangka buruk, nauzubillah.


Selain itu hendaklah sedar tentang hakikat ujian. Ujian dari Allah adalah untuk meningkatkan darjat seseorang, menghapuskan dosa dan memberi pengajaran. Berbezanya orang yang menyedari hakikat ujian dengan yang tidak adalah meningkatnya hubungan dengan Allah. Mengambil contoh bala yang diturunkan kepada kaum nabi-nabi terdahulu. Jika seseorang yang tidak mengaitkan kejadian tersebut dengan hakikat ujian Allah untuk memberi pengajaran kepada manusia, maka kejadian tersebut cumalah gempa bumi, taufan dan banjir yang biasa berlaku di mana-mana. Berbeza dengan yang memahami bahawa itu adalah amaran Allah kepada manusia, ia akan meningkatkan keimanan dan hubungan dengan Allah. Begitu juga dengan ujian-ujian yang kita hadapi seperti gagal exam, kemalangan dan sebagainya. Jika hakikat ujian itu tidak difahami, maka ianya akan menjadi isu harian yang biasa-biasa sahaja.

Akhir sekali, janganlah kita berputus asa terhadap Allah. Jika kita merasa terhimpit dengan dunia, pujuklah diri kita. Angkat kembali diri kita. Jangan malu untuk meminta bantuan orang lain. Ramai saudara-saudara kita yang mengambil berat akan kita dan menyayangi kita terutamanya ibu bapa kita. Mintalah nasihat daripada mereka. Kongsi masalah tersebut supaya ia tidak menyempitkan hati kita. InsyaAllah perancangan Allah itulah yang terbaik untuk kita.

Sebagai penutup, suka saya tutupkan dengan ayat terakhir kisah ashabul jannah ini. "Seperti itulah azab(di dunia). Dan sungguh, azab akhirat lebih besar sekiranya mereka mengetahui," al-Qalam:33. Sama-sama kita berdoa supaya kita sentiasa tsabat dalam iman, jangan sedey-sedey okeh? :)