Wednesday, April 25, 2012

Laskar Pelangi


Assalamualaikum…
Huhu..memandangkan tiada siapa yang sudi meluangkan masa menulis untuk blog ini, jadi terpaksalah antum melayan post2 daripada saya.
Pada hari ini iaitu hari rabu bersamaan 25 April 2012 merupakan hari cuti bagi pelajar2 universiti ain shams(U sye). Jadi selepas solat subuh pada jam 4.30 pagi(musim panas subuh makin awal) saya pun bercadang untuk menonton sebuah movie Indonesia berjudul Laskar Pelangi sambil memasak pudding karamel.


Pada mulanya saya menganggap ini cuma sebuah movie yang biasa-biasa. Namun begitu setelah menonton keseluruhan cerita tersebut, saya menukar fikiran. Movie ini sungguh OSEMMM sehingga saya hampir menitiskan air mata. Seriously lagi OSEMMM dari filem2 korea.


Sinopsis ceritanya adalah mengenai sepuluh orang kanak-kanak miskin yang bersekolah di sebuah sekolah usang bernama SK Muhammadiyah di daerah Belintung, Indonesia. Sekolah itu cuma mempunyai 10 pelajar dan 3 orang guru. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai Laskar(askar) Pelangi. Bermulalah kisah suka dan duka, tangis dan ketawa mereka di sekolah itu bersama-sama hingga ke hujung cerita.


Dengan jalan cerita yang menarik, movie ini mampu menjadikan mulut saya tertawa dan mata saya menangis. Namun begitu, mesej dan penghayatan daripada movie ini mampu menjadikan hati saya sebak.
Antara mesej yang ingin disampaikan movie ini adalah mengenai hak pendidikan di Indonesia. Setiap anak berhak diberikan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, setakat yang saya tahu masalah ini tidak muncul di Malaysia. Mesej yang seterusnya lebih menjurus kepada masalah pendidikan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia iaitu kurangnya penghayatan agama dalam institusi pendidikan. School is not the place to find the value of x and y, but a place to find the value of life.



Ingatlah, kita bukan sedang memprogramkan mesin2 untuk digunakan di hospital2, pejabat2 dan makmal2. Kita sedang mengajar sebaik-baik makhluk Allah yang bakal manjadi khalifah di muka bumi menggantikan kita. They are assets of ummah and humankind. They are OUR asset. Kalaulah ditanya kita di akhirat kelak apa yang akan kita jawab.


Melalui penghayatan saya, saya mendapat satu lagi mesej yang sangat menyentuh hati saya dan hampir membuatkan saya menangis iaitu tarbiyah. Mungkin sama sahaja dengan isi diatas, cuma saya khususkan dalam skop tarbiyah.


Saya melihat dalam movie ini sebuah usrah yang dilengkapi dengan mutarobbi dan murobbi. Dalam proses tarbiyah ini, mereka diajar tentang matlamat hidup dan erti persudaraan. Islam merupakan kaca mata yang digunakan dalam tarbiyah. Manusia bebas melihat dunia ini dengan apa jua pandangan, namun pandangan yang paling jelas adalah melalui kaca mata islam. Matlamat yang dituju oleh tarbiyah bukanlah dunia tapi adalah Allah swt. Gagal di mata manusia bukanlah ukuran sebenar kerana kedudukan di mata Allah adalah lebih berhak dijadikan ukuran.


Dalam islam, persaudaraan bukan terbit dari darah, tempat tinggal mahupun persatuan. Persaudaraan terbit dari Allah swt. Itu sahajalah erti persaudaraan. Persaudaraan yang berpaksikan kepada selain dari Allah adalah tersangat sangat sangat sangat sangat rapuh sampai tidak boleh disandarkan pun. Saya pun tidak akan sudi untuk bersaudara hanya kerana pernah bersama sekelas selama 2 tahun. Kerana manusia itu merupakan entiti yang tidak pasti. Tetapi jika kita bersandarkan kepada Allah, ketahuilah bahawa Allah itu janjinya pasti.


Tarbiyah merupakan suatu perkara yang perlu sepertimana kita perlukan kepada udara dan air. Di sini saya menyeru kepada sahabat2 supaya kita tidak lagi membuang baki masa kehidupan kita dengan mengambil ideologi2 selain dari islam. Sebenarnya kita memang menginginkan Islam dalam kehidupan kita, namun nafsu kita menghalang kita. "Aku ni bukan budak kos agama","Aku ni sape je nak banding ngan die, tudung pun singkat@kopiah pun x pakai","Biarlah orang lain yang buat","Aku dah penatlah","Aku ni dah cukup kot","Aku ni ex-intesaber je, bukan KISAS". Ingat, Allah takkan tanya apa yang orang lain sudah, sedang atau akan buat, tetapi Allah akan tanya apa yang kita buat. Rasanya alasan2 kita di dunia tadi tu akan valid tak??


CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. CARILAH TARBIYAH. Carilah tarbiyah di mana sahaja kita berada. Inilah jalan untuk kita survive hidup di dunia masa kini.


Mungkin kita sudah rasa cukup, kita rasa besar, kita rasa bebas, kita rasa hebat lepas keluar sekolah menengah. Dah tak perlu guidance orang lain. Boleh hidup sendiri. Hidup aku untuk aku enjoy. Korang tak payah risaukan aku. Tapi mengakulah yang jiwa kita sedang menangis dan kita cuba untuk tahan tangisan tu dengan mencari hiburan materialistik. Saya mengaku perkara ini memang berlaku kepada saya. Adakah kita terlalu arrogant untuk mendengar kata hati sendiri??


Jangan risau jika kita tak sempurna sebab ketidaksempurnaan itu adalah sifat manusia. Mintalah keampunan dari Allah yang maha pengampun. Jangan risau jika kita tidak sempurna, kerana itulah sebabnya kita perlukan murabbi yang sentiasa menasihati kita. Akhir kata, carilah tarbiyah. Banyak persatuan2 di Malaysia yang menjalankan tarbiyah. Tak kisahlah mana2 persatuan pun. Kalau segan boleh minta tolong rakan2 lain seperti En Arham Merican dan lain2. Tak kisahlah kita anak ustaz ke, anak doktor ke, ex-sbp ke, ex-sekolah agama ke, kos medic ke, kos agama ke, tarbiyah itu mesti seperti perlunya kita kepada air dan udara.


Saya harap post ini bukanlah just another post in the blog. Saya merayu agar kita sama2 berubah demi kemaslahatan diri sendiri sekaligus umat islam seantero dunia. Kitalah Laskar ….(sila bagi nama)!! Allahuakbar!!!


Assalamualaikum.
p/s: panjang sgt ke? dan pudingku hangus T.T 



 


Wednesday, April 11, 2012

Liku Kehidupan Syeikh Yusri 3

Pertama Kali Terlibat Dengan Pelajar Malaysia

Terdapat suatu masa dimana pelajar universiti Kasrul Aini mengadakan haflah Isra' Mikraj. Panel jemputan yang dijemput adalah Syeikh Najib Muti'i. Beliau menghadiri haflah tersebut dan serta merta tertarik dengan kehebatan Syeikh Najib Muti'i dari segi percakapan, perkataan dan ilmunya. Beliau pun bercadang untuk berguru dengan Syeikh Najib Muti'i. Beliau mencari tempat pengajian yang diajar olehnya lalu mendapat tahu bahawa Syeikh Najib Muti'i mengajar di Asrama Melayu Abbasiyah, ARMA( sekarang ditukar Dewan Malaysia Abbasiyah, DMAK). Itulah pertama kali beliau bergaul bersama pelajar Malaysia walaupun di unversiti juga terdapat pelajar Malaysia.

Sejak hari itu, beliau mula menghadiri kelas pengajian Syeikh Najib Muti'i dengan menumpang kereta seorang syeikh bernama Syeikh Abdul Hakim Abdul Salam. Beliau turut mengambil peluang untuk mengulang hafalan beliau dengan Syeikh Abdul Hakim sepanjang perjalanan. Beliau turut memasang cita-cita mengambil tarikat dari Syeikh Najib Muti'i, namun begitu Syeikh Najib Muti'i tidak memegang pada mana-mana tarikat.

Bergelar Suami

Pada tahun 1980, ayah beliau menyuruh beliau barkahwin. Pada awalnya beliau menolak atas sebab tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menyara isteri. Namun begitu ayahnya berkeras dan bersedia untuk menanggung kewangan beliau dan isterinya. Ayah beliau meminang seorang gadis graduan Al-Azhar kerana ayahnya faham bahawa anaknya cenderung dalam bidang agama. Gadis tersebut bernama Zainab.

Mimpi Bertemu Rasulullah

Setelah 5 tahun, baharulah beliau tamat mengahafal al-Quran di bawah bimbingan Syeikh Abdul Hakim. Pada suatu hari Syeikh Abdul Hakim menceritakan bahawa gurunya, Syeikh Ala' iaitu seorang yang buta bermimpi. Syeikh Ala' bermimpi berada di kawasan maqam saidina Husin dan mendapati Rasulullah saw berada di situ. Lalu Syeikh Ala' pun meminta syafaat Rasulullah. Namun Rasulullah cuma berdiam diri walaupun sudah diminta beulang kali. Tiba-tiba masuk seorang lelaki ke dalam kawasan itu. Lalu Rasulullah manyuruh Syeikh Ala' meminta syafaat dari lelaki tersebut. Namanya ialah Abdullah Siddiq Ghumari.

Syeikh Abdul Hakim bertanya kan beliau samada mengenali Abdullah Siddiq Ghumari ataupun tidak. Beliau menafikan dan memberi cadangan supaya mereka bertanya di ARMA. Pada suatu hari, Syeikh Najib Muti'i terlewat datanag lalu beliau mengambil peluang untuk bertanya kepada hadirin samada ada yang mengenali Abdullah Siddiq Ghumari. Seorang lelaki bangun dan mengatakan bahawa Abdullah Siddiq Ghumari merupakan seorang ulama yang selalu berziarah ke Mesir untuk mengajar kitab Syamail Muhammadiyah di Masjid Rushdi, Dokki setiap tahun di bulan Ramadan. Kelasnya akan diadakan selepas solat asar.

Beliau pun pergi bersolat asar di masjid Rushdi pada bulan Ramadan dan mengikuti kelas Syeikh Abdullah Siddiq Ghumari. Di situ juga beliau pertama kali bertemu dengan Syeikh Ali Juma'h(mufti mesir sekarang). Pada ketika itu Syeikh Ali Juma'h masih muda. Beliau mengkhatamkan kitab Syamail Muhammadiyah dalam bulan Ramadan itu. Selalunya Syeikh Abdul Hakim yang membawa Syeikh Abdullah Siddiq Ghumari pulang. Tetapi suatu hari Syeikh Abdul Hakim tidak hadir lalu beliau menggantikan tempat beliau menghantar Syeikh Abdullah Siddiq Ghumari pulang. Bermula dari itu, beliau pula yang membawa Syeikh Abdullah ke mana sahaja.

Kebaikan yang Tidak Dilupakan

Pada suatu ketika, beliau pergi mengerjakan umrah. Lalu beliau mencukur kepalanya dan membiarkan janggutnya tumbuh panjang(seakan-akan wahabi). Beliau pergi ke suatu tempat dan tersilap meletakkan kereta di tempat yang dilarang. Lalu polis yang menjaga kawasan tersebut ingin menyaman beliau. Meliahatkan keadaan beliau yang botak dan berjanggut besar menyebabkan polis tersebut memberi nama beliau terus kepada Amru Daulah(ketua polis). Beliau diminta untuk bertemu dengan Amru Daulah.

Dalam perjalanan, beliau berasa sangat cemas dan terpacul keluar dari mulutnya sepotong ayat dari surah al-A'raf:

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ…

Padahal beliau tidak pernah dan tidak pernah terfikir untuk membaca ayat tersebut sebagai doa. Apabila memasuki pejabat tersebut, beliau mendapati bahawa pegawai tersebut adalah kenalannya yang bernama Hisham.

Hisham mempunyai seorang adik yang bernama Faisal. Dahulunya Faisal merupakan seorang yang bermasalah dalam pelajaran dan sudah gagal dalam peperiksaan sebanyak 4 tahun berturut-turut. Lalu Hisham meminta tolong beliau untuk mengajar adiknya kerana melihat beliau merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Akhirnya Faisal Berjaya lulus dalam peperiksaan pada tahun tersebut. Hisham dan ibunya amat berterima kasih terhadap beliau.

Beliau menyapa Hisham dan memperkanalkan diri. Hisham seakan-akan tidak percaya lalu tersenyum dan memeluk beliau. Mereka berbual dan Hisham pun memberi nasihat kepada beliau untuk tidak berkecimpung dalam bidang agama dan fokus dalam bidang perubatan.

Ayat yang Tidak Tersangka

Seperti biasa, beliau akan membawa Syeikh Abdullah Siddiq ke mana-mana sahaja dan kebetulan hari itu mereka pergi ke pusat percetakan. Terdapat sebuah buku baru karangan Syeikh Abdullah Siddiq. Merujuk pada buku itu, baharulah beliau mengetahui bahawa Syeikh Abdullah Siddiq memegang sebuah tarikat iaitu tarikat Siddiqiyah. Apabila beliau membuka buku tersebut, beliau terkejut seribu bahasa kerana buku itu dimulakan dengan doa:

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ…

Berikutan itu, beliau merasakan bahawa inilah jalan yang telah ditunjukkan Allah kepadanya. Beliau mengambil baiah dalam tarikat Siddiqiyah pada bulan Syawal.

"Kekalkan Apa yang Ada Pada Kamu"

Pada ketika Syeikh Abdullah Siddiq Ghumari ingin berabgkat pulang ke Tanjah, Maghribi, belaiu berasa amat berat hati untuk meninggalkan Syeikh Abdullah Siddiq Ghumari. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk mengikut Syeikh Abdullah Siddiq ke Maghribi. Namun begitu, Syeikh Abdullah Siddiq menasihati beliau," Kekalkan apa yang Allah beri kepada kamu, moga Allah akan buka jalan kepada kamu". Beliau bertanya kepada siapakah akan beliau rujuk selepas pemergian syeikh? Lalu Syeikh Abdullah Siddiq Ghumari menasihati beliau supaya merujuk kepada Syeikh Ali Jum'ah.

Selepas itu, beliau kerap bertemu dengan Syeikh Ali Jum'ah dan bermunaqashah bersama-sama. Dengan itu juga beliau bertemu ramai ulama-ulama seperti Syeikh Ahmad Mursi dan lain-lain. Pada tahun 1990,Universiti Al-Azhar mula membuka peluang kepada orang umum umtuk memasuki kuliah syariah. Beliau melanjutkan pelajaran dalam kuliah syariah dalam mazhab Syafie.


 

Alhamdulillah, itu sahaja perkongsian kisah hidup Syeikh Yusri yang mampu saya nukilkan di sini. Supaya kita dapat mengambil pengajaran dari kisah seorang ulama tersohor ini. Sebarang cacat cela harap dapat dimaklumkan.

Syukran Jazilan

Tuesday, April 10, 2012

Liku Kehidupan Syeikh Yusri 2

Terlibat dengan Sufi

Tidak lama kemudian, beliau bertemu dengan seorang ahli beit yang bernama DrAbdul Hadi(sekarang merupakan seorang ophthalmologist). Dr Abdul Hadi merupakan seorang hafiz al-Quran. Maka beliau pun mengambil peluang untuk mengulang hafalan beliau dengan Syeikh Abdul Hadi. Dr Abdul Hadi menetap di kawasan Dumyat(timur laut mesir) bersama ayahnya Syeikh Mansur. Pada suatu ketika beliau datang menziarah keduanya, beliau terkejut dengan reaksi Syeikh Mansur yang tiba-tiba menangis apabila disebut,"Telah berkata Rasulullah..". Beliau bertanyakan hal tersebut kepada Dr Abdul Hadi. Rupa-rupanya Syeikh Mansur merupakan seorang sufi dari tarikat Tijaniyah.

Dalam pada masa yang sama, pelajar universiti yang berfikrah wahabi turut membenci ahli sufi. Perkara ini berleluasa sehingga Dr Abdul Hadi sendiri pun malu akan ayahnya yang merupakan seorang sufi. Beliau terganggu dengan fikrah ini dan mencadangkan mereka bertemu dengan guru kepada ayah Dr Abdul Hadi untuk mencari kebenaran. Guru Syeikh Mansur iaitu Syeikh Hafiz Tijani yang merupakan seorang yang tinggi dalam tarikat Tijani.

Pada tahun 1977 mereka pergi bertemu Syeikh Hafiz Tijani pada hari Khamis malam Jumaat. Syeikh Hafiz telah lama mengenali Dr Abdul Hadi melalui ayahnya. Beliau memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat untuk berguru dengan Syeikh Hafiz Tijani. Namun begitu satu syarat diminta oleh beliau," kami ingin belajar ilmu Hadith sahaja, bukan Tasawuf". Syeikh Hafiz tersenyum dan bersetuju untuk mengajar kitab Muwatta karangan Imam Malik. Kelas diadakan setiap hari Khamis malam Jumaat dan dihadiri beberepa orang pelajar.

Beliau dan Dr Abdul Hadi semakin seronok berguru dengan Syeikh Hafiz Tijani dari semasa ke semasa. Kelas yang selalunya sejam meningkat selama tiga jam. Pada suatu hari, beliau bertanya kepada Syeikh Hafiz Tijani,"apakah adab seorang yang belajar ilmu hadith?". Beliau mengagak bahawa jawapan yang keluar dari mulut syeikh adalah seperti memakai pakaian putih atau duduk dengan elok atau selainnya. Namun begitu jawapan yang diberikan sangat menyentuh hati beliau. Syeikh mengatakan bahawa adab seorang yang ingin belajar ilmu hadith yang paling utama adalah ikhlas. Sejak itu mereka mula bertanyakan hal-hal berkenaan tasawuf dan lama kelamaan pengaruh fahaman Wahabi semakin hilang dari diri mereka.

Hajat yang Tidak Kesampaian

Beliau teruskan mengahfal al-Quran seperti biasa dan berjaya menghafal sehingga Surah Yunus. Namun begitu beliau tidak mengetahui ilmu tentang hukum-hukum tajwid al-Quran. Oleh itu beliau meminta Dr Abdul Hadi untuk mengajarkannya di samping mengulang bacaan.

Semasa beliau sedang menduduki peperiksaan tahun akhir, beliau terfikir untuk memasuki tarikat Tijani. Lalu beliau pun berazam untuk berbaiah(perjanjian) dengan Syeikh Hafiz Tijani sejurus sahaja tamat peperiksaan. Namun begitu malang tidak berbau, Syeikh Hafiz Tijani di serang penyakit kencing manis dan koma. Syeikh dirawat di Hospital Demardesh(berdekatan Universiti Ain Shams) dan manghembuskan nafas terakhir di situ. Peristiwa itu amat menyedihkan hati beliau dan merencatkan rancangan beliau untuk memasuki tarikat Tijani. Beliau berkata pada diri sendiri,"Aku hanya akan masuk tarikat ini melalui Syeikh Hafiz, maka aku takkan memasuki tarikat ini selama-selamanya".

Bersambung, Insyaallah...

Liku Kehidupan Syeikh Yusri

Assalamualaikum…

Ini adalah antara kisah hidup Syeikh Yusri yang sempat saya catatkan dalam talk show pada 7 April 2012. Jika ada sebarang kekurangan dan lebih saya harap dimaklumkan.

Bismillah.

Syeikh mula berjinak-jinak dengan al-Quran

Nama penuh beliau adalah Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani. Kisahnya dimulakan ketika beliau masih menuntut di Universiti Kasrul Aini, Mesir dalam bidang perubatan. Pada masa itu beliau adalah pelajar tahun 3. Beliau mula berazam untuk membaca Al-Quran setiap hari. Dan pada suatu hari , beliau terbaca sepotong ayat dari surah al-baqarah ayat 85 yang berbunyi:

…أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ…

Beliau tersentak semasa beliau membaca ayat ini, lalu beliau berkata pada dirinya,"Aku perlu mengamalkan isi al-quran seluruhnya, untuk itu aku mesti memahaminya, untuk itu aku mestilah menghafalnya". Beliau bertekad untuk menghafal al-quran secara sendiri-sendiri. Beliau bertanya kepada diri sendiri, "Bagaimana para sahabat menghafal Al-Quran padahal mereka pada masa itu Ummi(tidak tahu membaca dan menulis)?". Lalu beliau mendapat idea dengan menggunakan kaedah mendengar sepertimana para sahabat menhafal al-Quran hanya dengan mendengar dari Rasulullah saw.

Pada masa itu terdapat siaran bacaan al-Quran oleh Syeikh… di radio. Lalu beliau membeli kaset kosong dan merakam bacaan Syeikh tersebut. Beliau pun membaca semula bacaan al-Quran tersebut sendiri dan merekod bacaannya pula sebanyak satu maqra'(dari bunga ke bunga).

Setiap hari beliau akan mendengar rekod tersebut, selepas bangun dari tidur, semasa bersiap-siap hendak ke universiti, semasa makan tengah hari, sebelum ulangkaji dan sebelum tidur. Rekod yang sama akan diulang selama seminggu. Dalam masa yang sama beliau mula membaca hafalan beliau dalam solat samada fardhu mahupun sunat. Alhamdulillah, beliau Berjaya menghafal surah al-Baqarah, Ali Imran dan An-Nisa' sepanjang tahun itu.

Fikrah sesat menular di Universiti

Pada masa beliau berada di tahun 3, fikrah Wahabi mula menular dalam kalangan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kasrul Aini. Kebanyakan pelajar yang terpengaruh adalah yang baru pulang dari menunaikan umrah dan diberikan buku percuma tentang fikrah Wahabi. Ini telah menyedihkan beliau kerana beliau merupakan seorang yang amat cintakan nabi dan gemar bersolat di maqam para aulia'. Namun begitu, apabila diajukan pertanyaan-pertanyaan yang mengelirukan, beliau tidak mampu untuk menjawab. Antara soalan yang diajukan adalah,"Dimanakah Allah?". Jika seseorang tidak mampu menjawab soalan itu maka para pelajar tidak akan bersolat di belakangnya.

Di sebelah pintu utama Universiti Kasrul Aini juga terletaknya sebuah masjid yang didirikan bersama denagan maqam seorang ulama yang bernam Syeikh Abdul Aziz Addirini. Semua pelajar yang telah terpengaruh dengan fikrah Wahabi mengatakan bahawa sesiapa yang bersolat di masjid itu telah jatuh kufur. Astagfirullah.

Mencari Jawapan

Berikutan keadaan yang semakin teruk di universiti, seorang rakan beliau yang bernama Dr Nur(sekarang ini sudah menjadi pakar kanak-kanak dan bertanding pada pilihanraya 2012) mencadangkan mereka untuk merujuk perkara tersebut dengan seorang ulama Azhar yang bernama Syeikh Abu Bakar As-Sudani. Merka pergi bertanyakan tentang hal keadaan di universiti kepada syeikh tersebut. Lalu Syeikh memberikan nasihat supaya mereka membaca kitab Sahih Muslim karangan Imam Nawawi dan berkata, "Insyaallah, kamu akan jumpa jawapannya".

Bermula dari itu, beliau mula membaca kitab Sahih Muslim dan mula mencintai mazhab Imam Syafie kerana Imam Nawawi merupakan seorang yang berpegang pada mazhab Imam Syafie.

Bersambung, Insyaallah…