Thursday, January 5, 2012

Tak ada kena mengena dengan isu Amalina Bakri

   
   Pagi tadi, telah berjalan aku ke masjid dalam keadaan menggigil (ayat ini mengikut lenggok nahu bahasa Arab). Berpakaian lengkap menutup aurat untuk solat, jubah dan kain pelikat serta jaket untuk menahan angin yang tidak sepoi-sepoi bahasa itu sangatlah menguji keimanan aku sebagai seorang yang beriman.


   Untunglah anda jika anda sedang memikirkan tentang ayat yang ditebalkan itu.


   Satu cara berfikir yang betul bagi orang yang beriman adalah DIA MEMANDANG PELIK ORANG YANG MEMBUKA AURAT DI LUAR WAKTU SOLAT SAMA DENGAN PELIKNYA DIA MEMANDANG ORANG YANG SOLAT DALAM KEADAAN TIDAK SEMPURNA PENUTUPAN AURATNYA.


Faham?


   Pemikiran inilah yang dinamakan pemikiran orang yang beriman, sebaliknya pemikiran yang bertentangan dengan cara ini boleh dianggap sebagai pimikiran sekular - pemikiran yang mengasingkan hidup seharian dengan ibadah kepada Allah.


Firman Allah dalam surah ke-51, az-zariyat ayat 56: Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu selain untuk beribadah kepadaku.


   Seperti mana kita menutup aurat di dalam solat, seperti itu juga kita mesti menutup aurat di luar solat. Seperti mana kita berdisiplin berdiri betul dan menumpukan seluruh fokus kita dalam solat seperti itu juga kite mesti sentiasa berdisiplin dan fokus dalam melakukan kerja harian kita. Adakah kita hanya menjadi Islam semasa solat sahaja?


   Maksud Islam itu apa?


   Islam adalah patuh, tunduk kepada Allah. Simple.


   Muslim itu apa pula?


   Muslim adalah ORANG yang patuh, tunduk kepada Allah.


    Firman Allah dalam surah ke-2, ali-imran ayat 102: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan MUSLIM. (lelaki selalu dengar masa muqaddimah khutbah kalau mata tidak ditutup)


   Pastikah kita akan menemui ajal semasa solat? Kejadian indah seperti ini senang dilakonkan di dalam drama-drama tetapi sangat susah untuk dipraktikkan. Ubahlah cara berfikir kita wahai kawan-kawanku. Kalau bukan anda siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Dan kalau bukan di bumi Allah ini di mana lagi?



~Nampak bentuk tubuh itu seksi di dunia, seksa di akhirat. TERBAIK!
~Jangan salahkan Amalina Bakri yang berubah menjadi nakal sikit tapi salahkan diri kita yang tidak mahu berubah menjadi lebih baik. Jom ubah sekarang, membina pemikiran mu'min yang berkualiti.