Thursday, November 24, 2011

Jordan dot dot dot

Rasanya dah lama aku tak menulis dalam blog KITA ni. Walaupun jauh di Jordan ini aku sentiasa membuka blog KITA tatkala kerinduan menyapa di qalbu. Men'scroll' ke bawah dan ke bawah untuk membaca 'posting-posting' pendek tapi best, sangatlah mengubat qalbu aku yang berada jauh di perantauan ini.

Pernah satu malam yakni waktu malam di Jordan dalam pukul 9 malam bersamaan 3 pagi waktu Malaysia (sebab tu KITA jarang berjumpa di alam maya) aku tersentak melihat bendera Jordan dan Mesir berkibar di widget yang berada betul-betul di atas widget isu semasa. Masa itu tersenyum keseorangan memikirkan kawan-kawan KITA yang lain yang sedang berjuang di bumi Mesir, Harith, Apek@Amirul Afiq, dan Hanif yang berada di sana.

Rasanya post aku ni dah cukup panjang kalau nak dibandingkan dengan post Arif Irfan, tapi memandangkan bukan selalu aku post macam Harith maka izinkan aku menambah sedikit kata-kata kosong untuk bacaan korang yang suka membaca ni.

Afiq Aman suruh aku tulis pasal Jordan tapi aku tak tahu sebenarnya nak tulis apa. Bagi aku Jordan ni............................... ntah.


Tak ada apa pun Jordan ni. Sumpah tak ada apa. Cuma mungkin ada orang kata, untunglah dapat pergi Jordan atau Mesir, Bumi Anbiya. Padahal diorang lupa Mesir juga merupakan bumi Firaun. Jadi sebenarnya semua perkara dalam hidup ni bergantung pada diri kita sendiri, sama ada ingin menjadi sebaik Musa atau sejahat Firaun. (Nasihat ini untuk semua bukan hanya bagi mereka yang berada di Mesir).

Budaya orang Arab di Jordan ni sangatlah memeningkan kepala. Rokok, Pepsi, Syisya, menipu, tak berintegriti, karenah birokrasi, dan segala sifat mazmumah yang wujud kat orang Arab membuatkan aku rasa nak balik Malaysia. Tapi bila fikir balik, lambakan anak luar nikah, arak, pelacur, porno, jenayah juvana, dadah, seksualiti merdeka, disko, rasuah, pecah amanah dan seribu satu lagi masalah yang melanda bumi Malaysia membuatkan aku beristighfar dan menggelengkan kepala..

 Dunia dah akhir zaman.

Maka bila melihat di laman internet muncul pula pelbagai teori konspirasi dan andaian tentang bila akan berlakunya kiamat. Sekali lagi kepala aku tergeleng.

Ingatlah satu kisah di zaman Nabi dulu apabila ada seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan bertanya:

Ya Rasulullah bilakah akan berlakunya kiamat?

Rasulullah tidak menjawab soalan tadi sebaliknya bertanya balik kepada lelaki itu:

Apakah yang telah kau lakukan dan persiapkan untuk menghadapinya?

Percayalah tidak kira di mana pun kita berada, kita berkongsi destinasi perjalanan yang sama.. Syurga Allah, kebahagiaan selama-lamanya.

Akhir kata hayatilah satu syair Arab di bawah:

لا تقل مع السلامة
ولكن قل الى اللقاْ
لو لا في الأرض الله
 ان شألله في الجنة

Jangan dikata selamat tinggal
tapi katakanlah semoga berjumpa lagi
walau tidak ketemu di dunia Allah
Insya-Allah ketemu di syurga nanti.

Sekian perkongsian pendek dari aku. Insya-Allah akan terus menulis dari semasa ke semasa.







Thursday, November 10, 2011

amek le keberkatan hari jumaat niih.

salam alaikum :) 

kali niiih ana *eceehh  nak share kat antum *woot woot  haha pasal surah alkahfi. 

opkos lah korang dah maklum pasal kelebihan baca surah niih tiap tiap jumaat. 

tapiii, aku baru tau pasal bende niih. yang kita digalakkan baca surah alkahfi niih. takde lah baru sgat. time kem 

persediaan , baim soh baca buku denyut kasih medic. dalam tuh ada.  thenn, try amalkan. kejap baca kejap 

tak. hahaha. its a part of me needed to be improved. :) insyaAllah. 



walau pon aku post niih msia dah nak kol 4 petang dah. sinih  baru  nak kol 10. kehkeh. :) 

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)


Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

saje je, aku besarkan. tau korang semua malas membaca. muahahaha. 

simple point niih laa

1.Sesiapa Membaca surah Al-Kahfi diampunkan dosa2nya dari satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang...


2. Terpancar cahaya dari telapak kakinya sehingga ke dada langit dan akan kelihatan cahayanya di Hari Kiamat

3. dielakkan fitnah dajjal 

pastu, aku pernah terbaca kelebihan dia , akan menyinarkan kubur kita sampai kat makkah almukarramah :)) 

well, surah dia agak panjang . tapii why nooottt. bukan pahala yang patut kejar kita tapi kita yang kejar pahala. XD 

panjang gak post kali niiih, those yang berjaya baca dari atas sampai bawah , congrats! haha. yang baca skip pastu tengok ending jee, baca alkahfi je point aku. :))

salam alaikum  and take care. selamat hari raye jugak. kullu  sanah wa entum bikhooiirr :)

Thursday, November 3, 2011

Memori Terindah

Ermmm, trima kaseh kpda Harith sbb bwt byk post2 yg best kt sni...
Mlas giler aku nk update blog~
Len kli je lah yeeeaaaa~
Tq

*Tjuk xde kaitn... Haha