Tuesday, March 29, 2011

Pandai Betul....

Alkisah di sebuah kampung yg bernama Marang Skeper, tinggal sepasang suami isteri yang sudah lanjut umur ibarat peribahasa melayu, rumah kata pergi, kubur kata datang la sini. Mereka hanya hidup berdua dan tak ada anak. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Si suami, Pak Pandir yang bersekolah melayu sehingga darjah 5 bekerja dengan memotong kayu di hutan.Manakala si isteri, Mak Andeh, hanya duduk di rumah...

Suatu hari, Pak Pandir pergi ke pekan untuk menjual kayu2 api. Setelah kerjanya selesai, dia pon pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Pak Pandir terjumpa sesuatu yang aneh di tepi jalan..
Lalu dia pon mendekati benda itu.Setelah diperhatikan, dia seakan-akan mengetahui apakah benda itu..Namun, tidak semena-mena,syaitan yg durjana melemparkan perasaan ragu2 ke dalam hati Pak Pandir..

Pak Pandir pon mendekati benda itu lalu dihidu benda itu...'Aku familiar betul dgn bau ni',bisik hati kecilnya..Tetapi perasaan was2 masih menebal di dalam dirinya..Dia pon memberanikan diri, lalu menghulurkan jarinya lalu mencubit sedikit benda itu...Setelah selesai membaca bismillah dia pon merasa 'benda' itu...

'Konfem..Memang betol la benda ni taik',jerit Pak Pandir dengan nada penuh kegembiraan...'Nasib baik aku tak pijak.Kalau tak mati aku dengan bini aku',teriak Pak Pandir...Lalu Pak Pandir pon meneruskan perjalanannya pulang ke rumah..Dia berasa sungguh gembira kerana dia tak terpijak taik yang ada di tepi jalan itu...





Friday, March 25, 2011

Result SPM, Bagaimanakah?

Assalamualaikum pembuka bicara,
Meh baca aku nak tanya,
Result SPM korang apa cerita,
Aku punya gempak satu B sahaja.

Ingat tak dulu kita bersama,
di kelas 5T kita bersua,
bergaduh menengking mainan kita,
nak buat macamana semua besar kepala.

Besar kepala pun kita belajar,
bersungguh-sungguh nak kejar cita,
ada nak jadi doktor ada nak jadi pramugara,
apa pun yang penting kita jadi manusia.

Ingat tak dulu masa aku kena denda,
sebab kelas kotor bersepah seribu,
ingat nak berubah tapi sama sahaja,
kelas tetap macam tu berhabuk berdebu.

Dahlah tu aku nak blah,
Dah takde idea otak aku nak pecah,
lain kali ada idea aku kan tambah,
buat pedoman semua, i luv u all muah!


Pantun tak sedap tak apa, yang penting 4 rangkap.




Thursday, March 24, 2011

Anda Patut Mencuba...:)

Assalamualaikum...Salam khidmat negara..Salam 1 Malaysia.

Disebabkan Arham menyuruh aq meng'update' blog kelas jadi aq pon merajinkan diri aq utk menulis di sini.Entri kali ni rasanya tak bermanfaat sangat pon.Tapi aq rasa nak kongsi la dengan korang semua...

Mesti korang semua ingat lagi kan peristiwa 9/11???
Entri kali ni ada kaitan la dengan incident 2...
Let's move on..Yeah!!!

First skali,korang g bukak Microsoft Word
Then taip Q33 NY (ni no kapal terbang yang langgar WTC kot)
Pastu korang tukar size font Q33 NY 2 jdi 72....
Last skali tukar font Q33 NY ni jadi WINGDINGS...
Tengok gambar apa yg kuar...

Selamat mencuba...