Friday, October 8, 2010

Hari Pertama di 4 Taufik


Untuk posting awal ni baiklah sekiranya kita merenung kembali kisah kita first time dulu kita ditempatkan ke kelas 4 Taufik Sains Agama ni.

Mula-mula agak berdebar gak hati ni, takut kalau pilihan aku pilih aliran ni ditolak oleh pihak sekolah sebab maklumlah ramai yang mintak kan. Tapi syukur Alhamdulillahi Ta'ala hajat aku termakbul.

Hari first duduk dalam kelas tu memang janggallah. Dah ar ramai pompuan dari laki. Rasa tak sedap je. hehe.. Ada sorang je member laki kelas aku form 3 Rahmah dulu yang bersama ngan aku, Saudara Ammar Razak.


Haha...aku ingat lagi budak-budak dok pertikai niat suci lagi murni mamat ni nak masuk kelas aliran agama ni. Akulah jugak dok bagi die dorongan n semangat supaya die terus kekal dalam kelas ni sehinggalah die bercita-cita nak jadi mufti.haha..

Hampir dua bulan kemudian, tak silap akulah..budak-budak baru F4 masuk. Luqman dari utara, slang tak hilang lagi time baru masuk, pasangan Afiq dan Hanif yang katanya tak berkembang sebab duduk pown sebelah-sebelah, Muizuddin, Wan Ahmad Syahir yang tak pasti nak pindah sekolah ke tak, Arif Irfan, dan adelah beberapa plajar pompuan. Malas nak tulis.

Seronoknya bukan kepalang dapat member kelas baru tapi malangnya bilangan pelajar laki masih tak berupaya nak menandingi bilangan pelajar pompuan. Nak buat camne, takdir.

Ironinya, seronok sungguh teringat kenangan dulu...

Blog Untuk Semua 5 Taufikians


Alhamdulillah. Tiba-tiba dapat idea nak tubuhkan blog ni yang khusus, specially made for all 5 Taufikians berkongsi cerita, tazkirah, pengalaman,resipi kejayaan,resipi masakan mahu pun apa sahaja dan yang paling penting mengekalkan ikatan persahabatan antara ahli kelas walaupun di luar sekolah.

Kepada semua pelajar 5 Taufik hantarlah alamat e-mail anda kepada admin (arham) untuk menjadi penulis dalam blog ini.

Diharapkan semua pihak akan menyokong usaha murni ini. Insya-Allah

Marilah kita sama-sama berblog.