Thursday, December 22, 2011

muah muah


salam . nih aku jumpa kat blog orang len, sedut copy sinih tau korang malas bukak. hahaha 


nih golongan yang malaikat doakan :)



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: ( aku tapaham sangat yang niig :/)

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”



9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”



11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



#untuk future doctors, insyaAllah. ada this msian lady ckap, kalau nak gi rawat pesakit (cam kat hospital tuh), niatkan ziarah pesakit. wheeeeee~ . 

dah lah, ponat. penat aku copy paste. hahaa. selamat menjamu selera! salam alaikum :)teheee


Sumber: http://akuislam.com/blog/mauidzah/11-jenis-manusia-didoa-malaikat/#ixzz1hKZw6Evp

Wednesday, December 21, 2011

kenapa nama dia doraemon.






Kita perlu 34 kali sujud sehari untuk 


memastikan otak kita rasional. Sebab tu


 wanita kurang rasional dari lelaki sebab


wanita ada waktu 'cuti'. Sebab tu kalau nak


 tau lelaki tu jenis skip-skip 'sujud', memang 


susah sikit


nak memimpin rumah tangga.



hehehee , nak nak pulak pompuan tuh kene menorrhagia & 

dysmenorrhea. haha. 


in conclusion, jangan le tinggal solat . terlepas pon cover lah 

balek :) .aku ade dengar jugak those yang buat solat sunat

 4 rakaat time zohor ngan asar tuh, diselamatkan dari azab

 api neraka..  nak setat payah , tapiii. hahaha sendiri pikirlah

 :)


 


Wednesday, December 14, 2011

الطريق الى النجاح

salem aleikom. di malam yang indah lagi sejuk niih, aku nak share niih ngan korang.



nih prof anatomy aku buat.  attorik ila najaah.  tapi kene donlod dulu. baru boleh tengok.

daaaannn, dia dalam arabic. kehkeh.

kalau tak paham gi lah google translate.

dah dah~ nak test arab korang bersisa lagi ke tak, cuba try baca dlu then only continue reading yang bawah nii~


nih point dia.

1)dekat kan lah diri dengan Allah , nanti Allah akan dekat ngan kau.

2)have a leap of faith lah kat diri kau tuh

3)tentukan objektif dan cammmana nak capai nye.

4)ingat (dari zakir- tapi zorof dia faaiill. pengingat. haha) , belajar dengan ikhlas.

5)susun le waktu ngan baek.

6)jgan putus asa .....(taktau. gi google translate lah )

7)kira/hitung diri kau ....(tak tau gak)

8)beronok ronok lah dan berehat tapi jangan lebih lebih (salah guna)

9)
something macam BERKAWANLAH SEBAB DIA AKAN BUAT KAU RASA TAK LEBIH DAN TAK KURANG. 


kehkeh, takde lah tepat sangat tapi point nye itu laah. ngehehe.

nampak sangat semua baca dulu. HAHAHA.


dah dah, nak tengok movieee~  good morning by the way, and have a nice day! salem aleikom :)

Friday, December 9, 2011

K-POP edisi Bahasa Arab



بسم الله الرحمن الرحيم

Ini post kedua aku sejak aku berada di perantauan yang seperti yang korang tahu takdela best sangat. Tak percaya tekan sini

OK. tak percaya sudah. 

Dah tengok video kat atas belum? Kalau belum, tengok dulu, lepas tu baru sambung pembacaan korang.

Dah? Tengoklah dulu, bukan senang nak tengok video tu, kat Youtube pun takde. Aku rakam 'live' dari kelas aku.

Mesti korang suka kan? Memang aku rakam khas untuk peminat-peminat Korea 5 Taufik. Aku tahu korang mesti suka punya.

Latar belakang video ini:

Latar tempat dan masa

Video di atas dirakam dalam kelas bahasa Arab di Markaz Bahasa Universiti Yarmouk, Jordan. Alhamdulillah aku akan menghabiskan sesi pembelajaran dan pemantapan bahasa Arab aku tidak lama lagi, tinggal lebih kurang 3 minggu lagi.

Watak Utama

Insan di dalam klip video di atas adalah salah seorang kawan aku di kelas bahasa tersebut. Nama Arabnya Hassan manakala nama KOREAnya adalah Hyun Huh.. (KOREA!!! AAAAAA KOREAAAAAAAA SUKENYAAAAAAA AAAAAAAAAAAAA). 

Klimaks


Klimaks video ini adalah apabila lelaki Korea di dalam video itu merupakan seorang pelajar BAHASA ARAB di markaz bahasa Universiti Yarmuk. Fuh, budak Korea belajar Arab!

Sumpah aku cakap, Bahasa Arab dia lagi power dari korang aku. Kalau dengar dia cakap Arab, meleleh air liur punya.

Peleraian


Hassan, seorang lelaki Korea, belum memeluk Islam lebih fasih berbahasa Bahasa Al-Quran @ Bahasa Syurga berbanding orang Islam yang nak masuk Syurga itu sendiri.

Malunyeeeeeew

Pengajaran



  • Bahasa Arab bahasa yang sangat penting terutamanya kepada orang Islam. Orang belum Islam pun sedar akan kepentingannya.
  • Kita mestilah menggilai Bahasa Arab seperti mana kita menggilai K-POP (kepada mereka yang obses   dengan semua benda yang berkaitan dengan Korea)
  • dsb
koreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakor

Harap korang masih HIDUP untuk membaca...

Hari ini, umat Islam lemah kerana kita sekadar membaca Al-Quran tapi tak paham, hayati, dan amal. Jangan salahkan musuh Islam jika kita disiksa dan ditindas sekarang. Sesungguhnya bukan orang kafir yang KUAT tapi kita umat Islam yang LEMAH.

Tinjau sirah perjuangan nabi, kisah keislaman Saidina Umar Al-Khattab.

Sebelum Islam, semasa zaman Islam baru di Mekah dan orang Islam ditindas, Saidina Umar merupakan antara yang paling lantang menentang Islam sehinggalah pada satu hari beliau membuat keputusan untuk membunuh Rasulullah. Dalam perjalanan ke rumah Rasulullah untuk membunuh Baginda, beliau terserempak dengan seorang lelaki yang menyuruh supaya beliau menyelesaikan masalah keluarga beliau sendiri dahulu. Menurut lelaki tadi adik Umar dan suaminya telah memeluk Islam.

Bengang Umar mendengar kenyataan lelaki tadi dan terus menuju ke rumah adiknya. Kebetulan di dalam rumah itu adiknya tengah belajar Al-Quran dan si adik apabila mengetahui kedatangan abangnya, cepat-cepat menyembunyikan lembaran suci Al-Quran.

Dipendekkan cerita, Umar yang mendengar keindahan bacaan Al-Quran itu telah meminta adiknya supaya menunjukkannya lembaran Quran tadi. Setelah itu Saidina Umar membaca SURAH TAHA ayat 1-8 (ayat pelembut hati, cetengok terjemahan). Lantas selepas itu beliau bergegas ke rumah Nabi.

Beliau bertemu dengan Nabi lantas mengucap dua kalimah syahadah. Selepas mengucap Saidina Umar bertanya kepada Nabi. "Wahai Rasulullah, kenapa kita bersembunyi padahal kita di pihak yang benar?" Rasulullah lalu bersabda: "Sesungguhnya sekarang ini kita fakir dan lemah". Saidina Umar pun berkata, "aku bersumpah sesungguhnya aku akan masuk ke setiap majlis yang dulunya aku memburuk-burukkan Islam dan sebaliknya aku akan sampaikan tentang keindahan Islam."

Selepas itu, umat Islam menjadi bertambah kuat dengan Islamnya Umar.

Itu dia kesan Al-Quran terhadap masyarakat di zaman Nabi dahulu. Ketika zaman itu, orang Arab berbangga dengan keindahan syair masing-masing dan Allah menurunkan kalimat-kalimat agung yang menggentarkan hati penyair-penyair terhebat Arab dahulu.

Hanya dengan lapan ayat mampu mengubah hati Saidina Umar. Betapa hebatnya ayat Allah bagi mereka yang benar-benar memahaminya.

Dr. Zakir Naik pernah berkata: Al-Quran is not the book of S.C.I.E.N.C.E. but it is the book of S.I.G.N.S.

Zaman Rasulullah apabila syair diagung-agungkan, Al-Quran menjadi 'syair' teragung pada masa itu dan zaman sekarang zaman sains dan teknologi juga, Al-Quran menjadi rujukan teragung sains dan teknologi. Itulah dia maksud Al-Quran relevan sampai hari kiamat.

Betapa hebatnya Al-Quran jika kita memahaminya secara mendalam. Cebaca TAFSIR ALQURAN, bukan TERJEMAHAN ALQURAN. 

MENANGIS...

 

Semakin sejuk di Jordan. Pakai deodorant pun terloncat!






Friday, December 2, 2011

Lucid Dream

Pernah dengar tentang Lucid Dream?

A lucid dream is a dream in which one is aware that one is dreaming. The term was coined by the Dutch psychiatrist and writer Frederik (Willem) van Eeden (1860–1932).In a lucid dream, the dreamer can actively participate in and manipulate imaginary experiences in the dream environment.

Maknanya kita boleh masuk ke alam mimpi secara sedar. Percaya atau tak, aku dah alaminya. Hebat.

Try this.
Lucid dreams in 3 steps

Step 1. Recall your dreams
The first thing you need to start with is learning how to recall your dreams. We dream every night of sleep, no matter whether we choose to or not. Dream recall functions as vital stepping stone for dreamsign analyses waiting ahead. Recalling dreams is simple. Once you wake up you immediately ask yourself "What did I just dream about?". Keep lying still and keep your eyes closed. Have patience. Start associating. Write down any dream or dream fragment that you are able to recall.

Step 2. Discover dreamsigns
Once you have journaled your dreams in Dream Journal for about two to three weeks, you review your dream entries and identify any recurrent dream-like features that characterize your dreams: dreamsigns. This could be anything bizarre in the dream. Do you notice any particular dreamsign that is recurrent and that frequently shows up in your dreams? Aha! You have found your target dreamsign!

Step 3. Recognize dreamsigns
By the time you get track of your recurrent dreamsigns, you can go to bed prepared. Say to yourself, "The next time when I encounter my target dreamsign again I will tell myself that I am dreaming".

Pioneered by Dr. Stephen LaBerge at Stanford University, lucid dreams are natural to most people and scientifically studied since the early 1980s.