Friday, December 9, 2011

K-POP edisi Bahasa Arab



بسم الله الرحمن الرحيم

Ini post kedua aku sejak aku berada di perantauan yang seperti yang korang tahu takdela best sangat. Tak percaya tekan sini

OK. tak percaya sudah. 

Dah tengok video kat atas belum? Kalau belum, tengok dulu, lepas tu baru sambung pembacaan korang.

Dah? Tengoklah dulu, bukan senang nak tengok video tu, kat Youtube pun takde. Aku rakam 'live' dari kelas aku.

Mesti korang suka kan? Memang aku rakam khas untuk peminat-peminat Korea 5 Taufik. Aku tahu korang mesti suka punya.

Latar belakang video ini:

Latar tempat dan masa

Video di atas dirakam dalam kelas bahasa Arab di Markaz Bahasa Universiti Yarmouk, Jordan. Alhamdulillah aku akan menghabiskan sesi pembelajaran dan pemantapan bahasa Arab aku tidak lama lagi, tinggal lebih kurang 3 minggu lagi.

Watak Utama

Insan di dalam klip video di atas adalah salah seorang kawan aku di kelas bahasa tersebut. Nama Arabnya Hassan manakala nama KOREAnya adalah Hyun Huh.. (KOREA!!! AAAAAA KOREAAAAAAAA SUKENYAAAAAAA AAAAAAAAAAAAA). 

Klimaks


Klimaks video ini adalah apabila lelaki Korea di dalam video itu merupakan seorang pelajar BAHASA ARAB di markaz bahasa Universiti Yarmuk. Fuh, budak Korea belajar Arab!

Sumpah aku cakap, Bahasa Arab dia lagi power dari korang aku. Kalau dengar dia cakap Arab, meleleh air liur punya.

Peleraian


Hassan, seorang lelaki Korea, belum memeluk Islam lebih fasih berbahasa Bahasa Al-Quran @ Bahasa Syurga berbanding orang Islam yang nak masuk Syurga itu sendiri.

Malunyeeeeeew

Pengajaran



  • Bahasa Arab bahasa yang sangat penting terutamanya kepada orang Islam. Orang belum Islam pun sedar akan kepentingannya.
  • Kita mestilah menggilai Bahasa Arab seperti mana kita menggilai K-POP (kepada mereka yang obses   dengan semua benda yang berkaitan dengan Korea)
  • dsb
koreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakoreakor

Harap korang masih HIDUP untuk membaca...

Hari ini, umat Islam lemah kerana kita sekadar membaca Al-Quran tapi tak paham, hayati, dan amal. Jangan salahkan musuh Islam jika kita disiksa dan ditindas sekarang. Sesungguhnya bukan orang kafir yang KUAT tapi kita umat Islam yang LEMAH.

Tinjau sirah perjuangan nabi, kisah keislaman Saidina Umar Al-Khattab.

Sebelum Islam, semasa zaman Islam baru di Mekah dan orang Islam ditindas, Saidina Umar merupakan antara yang paling lantang menentang Islam sehinggalah pada satu hari beliau membuat keputusan untuk membunuh Rasulullah. Dalam perjalanan ke rumah Rasulullah untuk membunuh Baginda, beliau terserempak dengan seorang lelaki yang menyuruh supaya beliau menyelesaikan masalah keluarga beliau sendiri dahulu. Menurut lelaki tadi adik Umar dan suaminya telah memeluk Islam.

Bengang Umar mendengar kenyataan lelaki tadi dan terus menuju ke rumah adiknya. Kebetulan di dalam rumah itu adiknya tengah belajar Al-Quran dan si adik apabila mengetahui kedatangan abangnya, cepat-cepat menyembunyikan lembaran suci Al-Quran.

Dipendekkan cerita, Umar yang mendengar keindahan bacaan Al-Quran itu telah meminta adiknya supaya menunjukkannya lembaran Quran tadi. Setelah itu Saidina Umar membaca SURAH TAHA ayat 1-8 (ayat pelembut hati, cetengok terjemahan). Lantas selepas itu beliau bergegas ke rumah Nabi.

Beliau bertemu dengan Nabi lantas mengucap dua kalimah syahadah. Selepas mengucap Saidina Umar bertanya kepada Nabi. "Wahai Rasulullah, kenapa kita bersembunyi padahal kita di pihak yang benar?" Rasulullah lalu bersabda: "Sesungguhnya sekarang ini kita fakir dan lemah". Saidina Umar pun berkata, "aku bersumpah sesungguhnya aku akan masuk ke setiap majlis yang dulunya aku memburuk-burukkan Islam dan sebaliknya aku akan sampaikan tentang keindahan Islam."

Selepas itu, umat Islam menjadi bertambah kuat dengan Islamnya Umar.

Itu dia kesan Al-Quran terhadap masyarakat di zaman Nabi dahulu. Ketika zaman itu, orang Arab berbangga dengan keindahan syair masing-masing dan Allah menurunkan kalimat-kalimat agung yang menggentarkan hati penyair-penyair terhebat Arab dahulu.

Hanya dengan lapan ayat mampu mengubah hati Saidina Umar. Betapa hebatnya ayat Allah bagi mereka yang benar-benar memahaminya.

Dr. Zakir Naik pernah berkata: Al-Quran is not the book of S.C.I.E.N.C.E. but it is the book of S.I.G.N.S.

Zaman Rasulullah apabila syair diagung-agungkan, Al-Quran menjadi 'syair' teragung pada masa itu dan zaman sekarang zaman sains dan teknologi juga, Al-Quran menjadi rujukan teragung sains dan teknologi. Itulah dia maksud Al-Quran relevan sampai hari kiamat.

Betapa hebatnya Al-Quran jika kita memahaminya secara mendalam. Cebaca TAFSIR ALQURAN, bukan TERJEMAHAN ALQURAN. 

MENANGIS...

 

Semakin sejuk di Jordan. Pakai deodorant pun terloncat!






0 comments:

Post a Comment