Tuesday, January 1, 2013

LIAR GAME = TRUST GAME


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2013…

       Rasanya dah lama tak post sesuatu dalam blog ni. Banyak yang nak dikongsi, tapi perasaan malas tak mampu dilawan. Tapi akhirnya perasaan malas berjaya dikalahkan. Maka adalah post ini.
Seperti biasa, kalau saya yang post, sudah tentu review movie yang saya tonton. Mungkin agak tak tsiqoh, haha. Tapi bagi saya persepsi orang terhadap sesuatu movie terbahagi kepada dua: sekadar hiburan ataupun ada pengajaran. Bukan nak galakkan tengok movie, tapi nak galakkan tadabbur.

Tadabbur maksudnya perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan secara mendalam. Biasanya dilakukan untuk memikirkan ayat al-Quran yang dimana kita tahu terdapat seribu satu mesej yang tersirat.

Berbalik kepada movie, baru-baru ini saya tertarik pada satu siri yang diadaptasi dari manga LIAR GAME. Berdasarkan tajuknya, cerita ini mengisahkan sekumpulan orang yang terpilih untuk bertanding dalam sebuah pertandingan yang penuh dengan tipu daya. Bagi pemenang akan mendapat hadiah wang tunai lumayan yang mencecah berjuta dollar. Manakala bagi yang kalah akan rugi dengan hutang mencecah jutaan dollar.
Kisah ini berkisar mengenai seorang gadis, Nao Kanzaki yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Malangnya, dia merupakan seorang yang sangat jujur dan tidak mudah bersangka buruk terhadap orang lain. Namun begitu, dia dibantu oleh seorang lelaki, Akiyama Shinichi yang sangat pandai dan benci dengan penipuan dan ingin memusnahkan permainan ini.

Sepanjang perjalanan mereka dalam permainan ini, mereka bertemu ramai manusia dengan pelbagai ragam dan bagi cerita ini sudah tentulah sifat tamak itu yang menjadi fokus utama. Kalau nak bercakap mengenai sifat tamak, mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya memandangkan masih lagi bergelar pelajar yang masih tak terdedah pada so-called ‘realiti hidup.’

Namun begitu, bagi saya pula sifat yang paling terkesan dalam kisah ini adalah keupayaan untuk meletakkan kepercayaan kepada orang lain. Watak Nao Kanzaki sangat memperlihatkan sifat ini hingga digelar ‘stupidly honest.’ Ramai penonton yang berpendapat sifat watak ini adalah terlalu ideal dan tidak praktikal di dunia sebenar. Pendapat tersebut agak tepat, tetapi ironinya ia jelas menunjukkan betapa rapuh keupayaan kita dalam memberi kepercayaan kepada orang lain.

‘Kepercayaan’ merupakan antara perkara yang sangat susah untuk diberi lebih-lebih lagi dari seseorang yang pernah merasai pengkhianatan. Saya secara peribadi turut pernah merasai perkara tersebut dan memberi kesan pada kepercayaan saya terhadap orang lain. Saya menjadi pesimis terhadap orang lain dan meragui perbuatan dan tingkah laku orang lain. Dan akhirnya bersangka buruk dan perbalahan.

Kepercayaan adalah perkara yang sangat besar nilainya bagi pemberi dan penerima. Oleh itu pengkhiatan merupakan kepahitan yang besar bagi pemberi. Manakala diberi kepercayaan adalah penghargaan yang besar kepada penerima. Tanpa kepercayaan kita akan saling meragui antara satu sama lain. Dengan sebab itu, ia akan merencatkan segala progres samada dalam sosial, ekonomi, politik, organisasi, keluarga, masyarakat, persatuan dan paling bahaya DAKWAH. Ketidakpercayaan juga boleh menjadikan seseorang itu mementingkan diri sendiri samada dalam keihdupan seharian ataupun dalam memberi pendapat dan idea.
  
“Speed happens when people…truly trust each other”-Edward Marshall

Saya tidaklah mempunya solusi yang tepat dalam menyelesaikan masalah ini. Namun sama-sama kita sedar tentang kepentingan memberi kepercayaan dan keburukan ketidakpercayaan. Realizing the problem solves half of it. Dan ada sebuah buku karya Stephen MR Covey bertajuk The Speed of Trust yang membincangkan perkara ini.

Akhir sekali bagi sesiapa yang meminati genre saspens, psikologi dan misteri, maka cerita ini sangat sesuai. Ala-ala Sherlock Holmes gitu. Selamat menonton dan mentadabbur. J
#spoiler alert: berdasarkan pemerhatian, ternyata advantage terbesar dalam liar game ni adalah rakan yang boleh dipercayai (trustworthy friend)

0 comments:

Post a Comment