Friday, March 25, 2011

Result SPM, Bagaimanakah?

Assalamualaikum pembuka bicara,
Meh baca aku nak tanya,
Result SPM korang apa cerita,
Aku punya gempak satu B sahaja.

Ingat tak dulu kita bersama,
di kelas 5T kita bersua,
bergaduh menengking mainan kita,
nak buat macamana semua besar kepala.

Besar kepala pun kita belajar,
bersungguh-sungguh nak kejar cita,
ada nak jadi doktor ada nak jadi pramugara,
apa pun yang penting kita jadi manusia.

Ingat tak dulu masa aku kena denda,
sebab kelas kotor bersepah seribu,
ingat nak berubah tapi sama sahaja,
kelas tetap macam tu berhabuk berdebu.

Dahlah tu aku nak blah,
Dah takde idea otak aku nak pecah,
lain kali ada idea aku kan tambah,
buat pedoman semua, i luv u all muah!


Pantun tak sedap tak apa, yang penting 4 rangkap.




0 comments:

Post a Comment