Saturday, December 18, 2010

Cerita Jamuan

Assalamualaikum pembuka bicara. Semoga kawan-kawan I sihat sentiasa lepas periksa.

Semasa I menulis post baru ni jam menunjukkan pukul 12.46 tgh malam, jadi mengantuk sikit. Maka maaflah jika tak best ye. Jadi I takde pape nak tulis cuma nak bangkitkan satu isu yang telah hangit iaitu sebuah cerita pasal JAMUAN. Ya, JAMUAN, JAMUAN, JAMUAN!

Well, I teringat kenangan masa I and kawan-kawan I berbincang pasal JAMUAN perpisahan kita. Perbincangan ini telah diadakan di dorm I, dorm OMAR AL-KHATTAB. Alah dorm yang menang tahun lepas ngan tema malam first tuh. Masa tuh adelah wakil kedua-dua kelas, Taufik dan Hidayah, Takde ar kelas Taufik je kat dorm tuh. Hahaha. Antara yang mewujudkan diri ialah, Riyadh, APek, Farouk, Izzudin Rahmat, Akhiar, dan of course ade I.

Topik yang diperdebatkan ialah perihal makanan. Takde benda lain dah sebab tu je tujuan jamuan perpisahan kita iaitu untuk makan, maklumlah malam Jumaat tu kan duit DM dah takder. Jadi masing-masing berfikir nak makan ape yang best untuk malam tu nanti.

Antara cadangan yang best tapi dah lapuk ialah chicken chop dan ikan siakap. Dah bosan jadi ditolak sekotak suara. Kemudian ade cadangan buat lamb chop dan tiba-tiba ade sorang cadangkan nak lamb chicken. Apa tuh? Semua terpinga-pinga, malu budak yang terlepas cakap tu. Jadi cadangan tadi tertolak atas sebab tidak boleh diterima akal.

Kemudian semua menjadi buntu, lantas I pon bertindak menetapkan tema makanan kita pada malam itu mestilah sama ada makanan laut atau pun makanan darat, tak nak campur dua-dua, tak elok. Lalu adelah sorang ni buat lawak die nak makan katak, sebab katak hidup kat darat dan 'laut' katanya. Apehalah budak ni! Siap nak katak masak merah lagi. Kitorang pon layanlah, kate nak katak pangganglah, rebuslah, masak kencurlah dan sebagainya. Menyedari kami telah tersasar jauh maka I pown menyatakan katak tidak relevan atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dinyatakan dalam tulisan I ini.


Sejam pown berlalu dan syukur saudara Riyadh mengemukakan satu idea yang AGAK bernas. Dia mencadangkan kita makan lauk tomyam, sayur kangkung, dan ikan goreng. Lauk hari Jumaat tuh yang memang semua tak berapa suka. Rase nak hempok je Riyadh mase tuh, punyelah masa sejam die dapat pikir benda tu je. Kemudian tibalah sesi mengarut sikit sehinggalah saudara Izuddin melemparkan satu idea paling bernas pernah die lemparkan. "Apa kata kita makan ayam tak potong", katanya. Mungkin pelik bunyinye tetapi I dapat tangkap menu yang cuba dikatakan. "Dia maksudkan ayam golek ni", getus isi hati I. Maka kata sepakat pon diterima dan petang itu jugak cadangan itu telah disampaikan kepada Pak cik Anuar yang menyambutnya dengan tangan terbuka.


Hah itu baru cerita pasal macam mana dapat idea nak buat ayam golek tu. Tak cerita lagi macam mane nak dapat idea nak buat cendol. Panjang lagi dan I dah malas nak tulis. Lain kali sajalah.

Sekian, harap korang dapat manfaat daripada apa yang I tulis ni!


0 comments:

Post a Comment